Sleep Time Visitors

Saturday 16 July 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (8) - Bruxism

Yang Ke Lapan (8) – Bruxism

Bruxism adalah salahsatu kepincangan tidur dimana seseorang akan mengacip atau menggerudi gigi mereka ketika tidur.

Ini adalah salahsatu masalah kepincangan tidur yang kerap berlaku dimana lebihkurang 40 juta penduduk America menghidapi masalah ini. Masalah ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada gigi menyebabkan nasihat perawatan memang amat diperlukan.

Ini juga boleh menyebabkan sakit pada bahagian muka dan pening kepala dan untuk keadaan yang lebih teruk atau kronik, ia juga boleh menyebabkan sakit arthritis di temporomandibular joints.

Kebanyakan bruxers tidak menyedari masalah bruxism mereka dan hanya 5%  ke 10% sahaja yang menghidapi simtom sakit rahang dan pening kepala. Walaupun buat masa ini tidak ada penyembuh untuk masalah ini, namun begitu doktor akan mencadangkan samada 
memakai penyendi mulut atau mengambil suntikan botox.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Monday 4 July 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (7) - Restless Legs Syndrome

Yang KeTujuh (7) – Sindrom Kegelisahan Kaki

Walaupun kepincangan ini juga berlaku kepada orang yang jaga, ianya menjadi lebih teruk semasa ia tidur atau pada waktu anggota tubuh lain tidak bergerak.

Sindrom Kegelisahan Kaki ini dikategorikan oleh desakan yang tidak dapat ditahan untuk menggerakkan anggota badan supaya dapat menghilangkan rasa tidak selesa atau perasaan anih anggota tubuh badan. Selalunya ia mempengaruhi bahagian kaki tetapi ada juga berkaitan dengan anggota tangan atau perut.

Menggerakkan anggota tersebut dapat mengurangkan rasa tidak selesa tersebut yang menyebabkan rasa kelegaan buat sementara.  Ada juga doktor yang merawat menggunakan ubat-ubatan yang buat masa ini masih menjadi kontroversi.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More