Sleep Time Visitors

Showing posts with label Sleep Issues. Show all posts
Showing posts with label Sleep Issues. Show all posts

Saturday, 16 July 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (8) - Bruxism

Yang Ke Lapan (8) – Bruxism

Bruxism adalah salahsatu kepincangan tidur dimana seseorang akan mengacip atau menggerudi gigi mereka ketika tidur.

Ini adalah salahsatu masalah kepincangan tidur yang kerap berlaku dimana lebihkurang 40 juta penduduk America menghidapi masalah ini. Masalah ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada gigi menyebabkan nasihat perawatan memang amat diperlukan.

Ini juga boleh menyebabkan sakit pada bahagian muka dan pening kepala dan untuk keadaan yang lebih teruk atau kronik, ia juga boleh menyebabkan sakit arthritis di temporomandibular joints.

Kebanyakan bruxers tidak menyedari masalah bruxism mereka dan hanya 5%  ke 10% sahaja yang menghidapi simtom sakit rahang dan pening kepala. Walaupun buat masa ini tidak ada penyembuh untuk masalah ini, namun begitu doktor akan mencadangkan samada 
memakai penyendi mulut atau mengambil suntikan botox.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Monday, 4 July 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (7) - Restless Legs Syndrome

Yang KeTujuh (7) – Sindrom Kegelisahan Kaki

Walaupun kepincangan ini juga berlaku kepada orang yang jaga, ianya menjadi lebih teruk semasa ia tidur atau pada waktu anggota tubuh lain tidak bergerak.

Sindrom Kegelisahan Kaki ini dikategorikan oleh desakan yang tidak dapat ditahan untuk menggerakkan anggota badan supaya dapat menghilangkan rasa tidak selesa atau perasaan anih anggota tubuh badan. Selalunya ia mempengaruhi bahagian kaki tetapi ada juga berkaitan dengan anggota tangan atau perut.

Menggerakkan anggota tersebut dapat mengurangkan rasa tidak selesa tersebut yang menyebabkan rasa kelegaan buat sementara.  Ada juga doktor yang merawat menggunakan ubat-ubatan yang buat masa ini masih menjadi kontroversi.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Wednesday, 29 June 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (6) - Non-24-hour Sleep-Wake Syndrome

Yang KeEnam (6) – Bukan-24-Jam Tidur-Bangun Sindrom

Perkara yang anih dan kepincangan yang amat jarang berlaku ini adalah apabila badan seseorang itu tidak dapat mengenali pusingan tidur dalam tempoh 24 jam sehari.

Oleh sebab yang demikian, badan tidak membenarkan dirinya untuk tidur pada corak tidur siang/malam yang biasa. Jika dibiarkan tanpa apa-apa rawatan, penyakit ini akan menjadikan pusingan tidur-jaga seseorang itu akan sentiasa bertukar setiap hari tergantung kepada berapa lama pusingan 24 jam seseorang itu berakhir.

Pusingan ini mungkin terus berlaku selama 24 jam dan menjadi normal semula selama satu atau dua hari dan menjadi  sakit semula selepas itu. Terdapat beberapa kes ada yang mengambil masa sampai seminggu untuk melengkapkan corak pusingan gangguan tidur seperti ini.

Untuk menambah keanihan masalah  ini,  hampir kebanyakannya berlaku kepada orang buta walaupun terdapat beberapa situasi orang yang celik juga menghidapi masalah ini.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Thursday, 23 June 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (5) - Sleep Apnea

Yang Kelima (5) – Sleep Apnea

Sleep apnea adalah satu masalah kepincangan tidur dimana pernafasan menjadi terhenti buat seketika semasa tidur.

Setiap episod mungkin agak panjang dimana satu dan dua kali pernafasan akan terhenti dan berlaku beberapa kali sewaktu tidur. Kadar yang ketara secara klinikal berlaku apabila lima atau lebih pernafasan berhenti dalam setiap sejam.

Namun begitu orang yang mengalami masalah ini mungkin tidak menyedari akan masalah pernafasan mereka walaupun ketika mereka terjaga. Selalunya orang lain yang memerhatikan episod ini berlaku dan menyedari bahawa orang yang tidur tersebut mengalami masalah bernafas ataupun mereka merasakan sesuatu kesan yang tidak baik bagi tubuh mereka sendiri.

Simptom ini juga mungkin telah berlaku bertahun-tahun tanpa disedari dimana pesakit mungkin telah merasa biasa bila mengantuk disiang hari atau dengan kepenatan yang disebabkan gangguan tidur.

Cara rawatan yang selalunya digunakan untuk masalah sleep apnea adalah menggunakan alat bantuan pernafasan yang dipanggil ‘Positive Airway Pressure (PAP)’. Alat PAP tersebut membuka ruangan uaara untuk pernafasan pesakit ketika tidur dengan menyalurkan tekanan udara kedalam kerongkong pesakit. Ada juga rawatan ubat dan juga pembedahan yang boleh dilakukan.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Tuesday, 21 June 2011

10 Tips Untuk Tidur Yang lebih Berkualiti

Jika anda mempunyai masalah untuk tidur, tukarlah tabiat tidur anda untuk malam serta rehat yang lebih baik.

Adakah anda mengalami masalah kurang tidur ? Kerja, tugas rumahtangga dan menjaga bayi serta anak-anak mungkin mengganggu tidur anda. Faktor lain seperti cabaran harian yang tidak diduga, bimbang masalah kewangan, pembuangan kerja, masalah perhubungan atau kesihatan; menyebabkan kita jarang mendapat tidur yang berkualiti.


Mungkin kita tidak dapat mengawal atau menghilangkan semua faktor-faktor gangguan tersebut tetapi kita sebenarnya boleh membuat satu suasana dan mengambil satu tabiat yang menggalakkan tidur serta rehat yang lebih baik.  Cubalah cadangan dibawah jika anda bermasalah untuk tidur:


  • Masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu.  
  • Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum masuk tidur.  
  • Jauhilah nikotin, kaffien dan alcohol pada malam.
  • Kerap bersenam tetapi selesaikan senaman anda sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum tidur.
  • Jadikan suasana bilik tidur anda nyaman, senyap, gelap dan selesa.
  •  Jadikan waktu tidur utama anda waktu malam.
  • Sediakan tilam serta bantal yang selesa.
  • Mulakan rutin yang merihatkan sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar musik yang selesa.
  • Masuk tidur apabila anda sudah letih dan padamkan lampu..
  • Ambil suplemen tambahan untuk membantu anda tidur dengan lebih baik.
Source & Credit To: Mayo Clinic

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Sunday, 19 June 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (4) - Kleine-levin Syndrome atau Sleeping Beauty Disease

Yang Keempat (4) – Kleine-levin Syndrome atau Sleeping Beauty Disease  

Kleine-levin Syndrome atau kadangkala juga dikenali sebagai Sleeping Beauty Disease adalah penyakit kepincangan tidur yang menyebabkan pesakitnya boleh tidur dalam keadaan yang lama samada berjam-jam, berhari-hari, berminggu-minggu dan ada yang sampai berbulan-bulan tergantung sampai bila penyakit itu sembuh. Pada awalnya pesakit ini menjadi semakin mengantuk dan tertidur hampir 24 jam dan hanya bangun untuk makan atau ke bilik air sahaja.

Kadangkala pesakit juga disertai dengan tabiat makan terlampau (compulsive hyperphagia) dan juga kemahuan sexual yang tidak dapat disekat dan luarbiasa (hypersexuality).

Ada setengah penyelidik mengatakan penyakit ini mungkin disebabkan oleh keturunan, dan ada juga yang berpendapat bahawa penyakit ini disebabkan oleh kepincangan autoimmune tubuh. Tidak ada ubat tertentu untuk penyakit Kliene-Levin Syndrome ini.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Friday, 17 June 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (3) - Somniloquy

Yang Ketika (3) – Somiloquy Atau Bercakap Ketika Tidur 

Somniloquy adalah masalah bercakap dengan kuat ketika tidur. Ia mungkin amat jelas, mungkin dari suara yang mudah atau ringkas sehingga ketahap ceramah yang panjang, dan boleh berlaku bila-bila masa sahaja ketika sedang tidur. Pendengar mungkin boleh faham atau mungkin susah juga hendak memahami apa yang diperkatakan.

Bercakap ketika tidur  selalunya berlaku didalam tahap peralihan kesedaran didalam tahap tidur non-REM, dimana badan tidak beralih dengan  baik dari satu tahap tidur ketahap yang lain,  yang menyebabkan mereka berada di tahap separa jaga dari tidur.

Ia juga boleh berlaku pada tahap tidur REM, dimana kita dapat menerobos motor percakapan waktu bermimpi, dimana percakapan yang disebut didalam mimpi akan dicakap dengan suara yang kuat ketika tidur.

Tidak ada rawatan perubatan untuk perkara ini, tetapi selalunya untuk menghalang percakap ketika tidur atau untuk menjaga rahsia anda dari percakapan sewaktu tidur  maka bolehlah memakai penutup mulut ketika tidur.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064

Thursday, 16 June 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (2) - Narcolepsy

Yang Kedua (2) - Narcolepsy

Narcolepsy adalah masalah kepincangan tidur nuerologi yang selalunya berkaitan dengan keadaan tertidur pada masa yang tidak menentu.

Narcoleptics atau orang yang bermasalah seperti ini boleh terus tertidur ke tahap REM (yang paling lena), ditahap yang mimpi akan berlaku, dan jarang masuk ketahap yang tidur yang kurang nyenyak pada non-REM.

Atas sebab yang demikian mereka tidak dapat tahan berjaga pada tahap yang lama, selalu terus tertidur tetapi tidak dapat tidur ketahap yang memulihkan tubuh - menyebabkan mereka selalu berada didalam kitaran ganas mengantuk yang keterlaluan dan susah untuk tetap berjaga setelah bangun dari tidur.

Simptom yang lain adalah yang dipanggil cataplexy atau terus terjatuh tidur ketahap REM apabila mengalami emosi yang keterlaluan. Simptom yang lain termasuk sleep paralysis dan hypnogogic hallucinations. Penyebab sebenar narcolepsy tidak dapat dipastikan lagi buat masa ini. Secara umumnya adalah disebabkan kepincangan autoimmune tubuh dan mungkin juga keturunan. Rawatan termasuklah stimulants, anti-depressants, atau hypnotic medications seperti Xyrem.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Wednesday, 15 June 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (1) - Sexsomnia or Sleep Sex

Yang Pertama (1) - Sexsomnia or Sleep Sex
  
Sexsomnia adalah masalah kepincangan tidur yang menyebabkan orang melakukan perlakuan sex ketika mereka tidur. Ini mungkin ada sedikit kesamaan dengan keadaan sleepwalking atau berjalan ketika tidur.
 
Ada sesetengah kes, pengidap penyakit kepincangan tidur ini memang menyedari akan perlakuan mereka dalam tempoh waktu yang lama sebelum mereka terbuka untuk meminta bantuan. Kerapkali ini disebabkan mereka tidak tahu bahawa ini adalah masalah kesihatan atau takut orang akan menghukum mereka bahawa ini adalah perangai yang disengajakan dan bukan masalah kesihatan.
 
Namun begitu, masalah sexsomnia telah dipastikan kebenarannya of pakar penyelidik kepincangan tidur melalui poligrafik dan rakaman video pesakit semasa tidur dan memerhatikan terdapat gelombang aktiviti otak yang sangat luar biasa ketika waktu mereka tidur.
 
Selalunya rawatan adalah sama dengan sakit-sakit lain yang berkaitan non-REM parasomnias seperti sleepwalking yang mungkin memerlukan cara atau perantaraan yang khusus untuk pesakit tersebut. Dengan suasana sekeliling yang selamat serta mengelakkan keadaan yang boleh menambah buruk keadaan pesakit ini, masalah ini boleh di kawal dengan baik.


Sexsomnia bukanlah selalunya terlalu bermasalah atau sangat luar biasa untuk mereka yang mengalaminya dengan pasangan hidup. Terdapat banyak perbezaan dari segi kekerapan dan tahap keadaan seseorang yang terganggu oleh masalah kepincangan tidur ini dan ini adalah salahsatu masalah yang luar biasa. 


Source & Credit To: Listverse 


Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda ketahap 'REM sleep' atau tidur yang paling lena, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Adakah anda mempunyai masalah tidur atau sleep disorder ?

Adakah anda  . . .
  • merasa terganggu atau mengantuk disiang hari ?
  • merasa susah untuk jaga apabila duduk diam, menonton tv atau membaca ?
  • tertidur atau merasa mengantuk ketika memandu ?
  • merasa susah untuk menumpukan perhatian ?
  • selalu diberitahu oleh kawan-kawan bahawa anda nampak penat dan letih ?
  • lambat untuk bertindak ?
  • sukar mengawal perasaan anda ?
  • merasa anda perlukan tidur sekejap disiang hari atau mengambil 'nap' hampir setiap hari
  • memerlukan bahan minuman berkaffein untuk anda merasa segar dan boleh bekerja ?
Jika anda menjawab 'iya' kepada salahsatu dari soalan diatas, maka anda mungkin menghidapi masalah tidur atau sleep disorder.

Cubalah Sleep Time untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti. 

Hubungi wakil kami untuk mendapatkan maklumat terperinci atau tawaran promosi Sleep Time di talian 012 302 3064 atau 012 3170463.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More