Sleep Time Visitors

Thursday 23 June 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (5) - Sleep Apnea

Yang Kelima (5) – Sleep Apnea

Sleep apnea adalah satu masalah kepincangan tidur dimana pernafasan menjadi terhenti buat seketika semasa tidur.

Setiap episod mungkin agak panjang dimana satu dan dua kali pernafasan akan terhenti dan berlaku beberapa kali sewaktu tidur. Kadar yang ketara secara klinikal berlaku apabila lima atau lebih pernafasan berhenti dalam setiap sejam.

Namun begitu orang yang mengalami masalah ini mungkin tidak menyedari akan masalah pernafasan mereka walaupun ketika mereka terjaga. Selalunya orang lain yang memerhatikan episod ini berlaku dan menyedari bahawa orang yang tidur tersebut mengalami masalah bernafas ataupun mereka merasakan sesuatu kesan yang tidak baik bagi tubuh mereka sendiri.

Simptom ini juga mungkin telah berlaku bertahun-tahun tanpa disedari dimana pesakit mungkin telah merasa biasa bila mengantuk disiang hari atau dengan kepenatan yang disebabkan gangguan tidur.

Cara rawatan yang selalunya digunakan untuk masalah sleep apnea adalah menggunakan alat bantuan pernafasan yang dipanggil ‘Positive Airway Pressure (PAP)’. Alat PAP tersebut membuka ruangan uaara untuk pernafasan pesakit ketika tidur dengan menyalurkan tekanan udara kedalam kerongkong pesakit. Ada juga rawatan ubat dan juga pembedahan yang boleh dilakukan.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More